Thursday, May 30, 2013

apa itu TAQWA ?


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُو وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

      

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
                                                                                                                              ( Surah Fussilat 41 : 30 )


Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".

Bila sebut soal taqwa ni maka banyaklah penjelasan dari pelbagai Ulama' tentang maksud perkataan  ni.Tahukah anda bahawa orang yang paling mulia dikalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada abu Hurairah r.a beliau berkata:

Maksudnya:"Para sahabat bertanya pada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab : 'Orang yang paling bertaqwa.'

Diceritakan dalam sebuah kisah :

Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang sangat miskin dan miskin...dan miskin. Kenapa saya ulang sampai tiga kali? Teruskan membaca baru dapat rasa betapa miskinnya pemuda ini. Kasihan!

Pemuda ini tidak mampu membeli makanan sehingga beberapa hari tidak makan. Dia tiada rumah dan menjadi 'tetamu tetap' di sebuah masjid di kampungnya kerana tempat tinggalnya memang di masjid. Oleh kerana kebanyakan masa hariannya di masjid, dia seringkali mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid itu; kuliah, tazkirah, ceramah dan apa-apa sahaja majlis ilmu di sana. Itulah keistimewaan pemuda ini. Walaupun miskin dan kelaparan, menghadiri majlis ilmu adalah rutin hidupnya.

Suatu hari pemuda ini berasa sangat lapar. Sungguh kasihan kerana dia tidak mampu membeli apa-apa makanan. Hampir mati akal dia memikirkan bagaimana ingin mengisi perutnya kerana dia benar-benar kelaparan. Sehinggalah terdetik di dalam hati...

"Urm, bagaimana jika aku menyelinap masuk ke rumah orang-orang kampung dan mencuri makanan mereka? Aduh! Aku merasakan benar-benar dalam keadaan darurat. Mungkin dalam keadaan darurat begini menjadi keringanan buatku untuk mencuri," pujuk hatinya ketika risau jika ia dalam keadaan berdosa.
Pemuda miskin ini nekad. Ditunggunya sampai hari semakin gelap dan dia mula bergerak perlahan-lahan ke sekitar kampung. Dipanjatnya dari bumbung ke bumbung yang lain demi mencari sesuap dua makanan. Akhirnya, setelah berusaha memanjat, sampailah dia ke sebuah rumah. Gelap. Sunyi.

"Ah, sudah tentu penghuninya tiada sekarang. Baik aku masuk!"
Dia pun dengan segera menyelinap masuk dengan harapan tekaannya benar. Ya, dia memang benar kerana sungguh rumah tersebut tidak berpenghuni buat sementara waktu. Berbekalkan kesamaran cahaya dari celahan tingkap, pemuda ini menuju ke dapur dan terlihat sebuah periuk. Ketika membuka tudung periuk itu, dia terkejut.

Sebiji TERUNG!

Itu sahaja yang dijumpainya. Pemuda itu lantas mengambil terung tadi dan mula menggigitnya kerana benar-benar kelaparan walaupun ia hanya sebiji terung. Setelah sekali menggigit, tiba-tiba dia tersentak.
"Ya Allah! Apakah yang aku sedang lakukan. Malu aku pada-Mu Tuhan! Mana mungkin aku mencuri harta orang lain sedangkan aku adalah orang yang yang menjadi tetamu di masjid, menjadi tetamu dalam majlis-majlis agama. Tidak sepatutnya aku bertindak sebegini. Aku takut akan-Mu wahai Tuhan yang melihat segala tindak tandukku. Ampuni aku, aku amat takut akan balasan-Mu"
Sepantas kilat dia meletakkan semula terung yang telah selamat digigitnya sekali dan menyelinap keluar, hilang dalam kegelapan.
Esoknya...

Penduduk kampung mulai keluar masjid setelah tamatnya kuliah pada petang itu. Hanya beberapa orang yang masih di dalam masjid membaca Al-Quran. Seorang wanita masih berdiri di perkarangan dalam masjid dalam keadaan yang resah. Wanita tersebut pantas mendekati tok imam yang telah memberikan pengisian petang itu.

"Tok Imam, tolong bantu saya. Saya benar-benar buntu..." rayu wanita itu.
"Ya Allah, kenapa dengan kau wahai anakku. Ceritakanlah... jika aku boleh membantu, InsyaAllah aku akan membantumu."

"Aku ini seorang janda. Suamiku telah meninggal dunia," esakan mulai kedengaran.
"Beberapa hari lepas, aku telah diganggu oleh pemuda-pemuda kampung ini dan sungguh aku merasakan tidak selamat dan terasa terancam."
Tok Imam itu terdiam. Kerutan jelas di dahinya.

"Aku... aku ingin tok imam membantuku mencarikan seorang suami untukku kerana aku tidak ingin lagi terus diganggu oleh pemuda-pemuda di sini," ujarnya.
"Apa benar kau ingin aku membantu mu?" tanya imam tua tersebut. Wanita tersebut mengangguk.
Imam tua itu merenung ke sekeliling masjid. Lantas matanya terpaku pada pemuda miskin yang sedang bersandar di tepi tiang.

"Wahai pemuda, mahukah kamu ke mari?" Perlahan-lahan pemuda itu melangkah mendekati Tok Imam dan wanita tersebut.

"Sudikah kau mengahwini wanita ini?" pantas imam tua itu menyoal.

"Ya Allah, adakah ini hanya khayalanku? Aku ingin berkahwin, tapi percayalah, untuk membeli sebuku roti pun aku tidak mampu, apatah lagi untuk menanggung orang lain!" jujur pemuda itu menjawab.
"Usah khuatir wahai pemuda. Aku tidak perlukan hartamu. Aku sudah ada rumah yang arwah suamiku tinggalkan untukku. Aku tidak memerlukan hartamu. Aku hanya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga dan melindungiku dari ancaman luar," balas wanita tersebut.

Diam. Lama pemuda itu berfikir. Dia kemudian mengangguk perlahan.
Setelah bernikah disaksikan beberapa tetamu masjid, tok imam itu berkata;
"Sekarang pulanglah kamu bersama suamimu ini. Semoga pernikahan ini mendapat keberkatan-Nya dan dapat menyelamatkan kamu daripada gangguan orang."

Setibanya di rumah, wanita itu terus bertanya kepada pemuda miskin yang telah selamat menjadi suaminya.
"Adakah kau ingin makan? Aku akan menyiapkannya untukmu, wahai suamiku."
Pemuda itu hanya mengangguk. Dalam fikirannya sekarang bukan tertumpu pada makanan (walaupun pada hakikatnya ia memang kelaparan) tetapi rumah wanita tersebut. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah dia pernah berada di situ sebelumnya.

"Kenapa aku seperti mengenali rumah ini?" soalnya dalam hati sambil berkerut. Oh tidak! Jangan-jangan...
"Silalah makan dahulu," kata si wanita sambil menghidangkan sesuatu.
"Ya Allah... adakah aku bermimpi? Ini adalah terung yang telah ku gigit semalam. Ya Allah..apakah tandanya ini?"

"Maaf wahai suamiku. Aku hanya ada terung ini yang sempat ku rebus semalam. Aku terkejut kerana ia telah digigit. Pelik, siapa yang telah mengigitnya sedangkan tiada sesiapa di rumah ini sewaktu ku keluar," jelas wanita itu dalam kesayuan kerana tidak mampu menghidangkan yang terbaik untuk suaminya.
"Wahai isteriku. Mahukah kau mendengar suatu kisah? Se.. sebenarnya aku lah yang telah menyelinap masuk ke rumahmu semalam dan menggigit terung ini," akui pemuda itu ikhlas. Berubah wajah wanita itu.
"Maafkan aku. Semalam, aku sangat kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan dan aku tidak mampu untuk membeli apapun. Aku bertekad untuk mencuri makanan di luar. Ku fikir aku benar-benar dalam keadaan darurat. Namun, setelah selamat mengigitnya sekali, aku merasa benar-benar tersedar dan merasakan sangat takut kepada Allah yang menjadi saksi perbuatanku. Aku malu... aku takut akan azabnya atas kelalaianku. Maafkan aku," ujar pemuda itu sambil tertunduk menangis.
"Tidak mengapa suamiku. Aku sudah memaafkanmu. Akan tetapi ketahuilah bahawa aku benar-benar cemburu akanmu. Tahukah kau mengapa?" soalnya.

Pemuda itu berhenti menangis lalu merenung isterinya.

"... kerana sifat TAQWA mu! Kerana takutkan Allah, kau berhenti daripada terus melakukan dosa dan berterus-terang padaku. Sekarang, tidakkah kau sedar? Kerana sifat TAQWA yang ada pada dirimu itu, Allah membalasnya semula bukan hanya dengan terung yang telah kau gigit semalam, tapi seluruh isi dalam rumah ini termasuk diriku kepadamu, telah menjadi milikmu secara halal. Tidak perlu lagi kau mencuri. Semuanya telah Allah hadiahkan semula kepadamu kerana KETAQWAANmu itu," ujar wanita itu sambil tersenyum. Pemuda miskin itu cepat-cepat bersujud tanda mensyukuri hadiah Allah kepadanya.
Jika pembaca dapat menilai kembali kisah ini daripada asal, apakah 'main point' yang saya ingin sampaikan?
Ia adalah tentang TAQWA.

Kerana takutkan Allah, pemuda itu telah meninggalkan semula terung yang digigitnya ke tempat asal. Dia malu kepada Allah, dan dia benar-benar takut Allah akan menghukumnya. Kerana TAQWA yang ada padanya, Allah membalasnya semula bukan sahaja terung yang selamat digigitnya tanpa izin, tetapi termasuk tuan empunya rumah dan isi rumah tersebut kepadanya. Semuanya secara HALAL tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Akan tetapi bukan harta dunia yang dikejar, tetapi rasa takut yang berterusan kepada Tuhan yang Maha Melihat, yang Maha Mengetahui dan yang Maha Pengasih, dalam melakukan sesuatu walaupun ia hanya sekecil-kecil hal (dalam kisah ini: mencuri sebahagian kecil terung!). Sesungguhnya beruntung bagi orang-orang yang bertakwa kerana kasih sayang Allah yang berlipat ganda bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu jelaslah di sini sifat taqwa sangat diperlukan dalam diri setiap muslim kerana dengan adanya sifat ini ia akan menjadi benteng kepada sesiapa yang berusaha mengekalkan sifat ini supaya tidak hilang dalam dirinya.

Rasulullah pernah menganjurkan supaya kita berdoa dengan doa sebegini:


Ya Allah sesungguhnya aku memohon hidayah kepada-MU,ketaqwaan kesucian diri dan kecukupan.

oklah,cukup setakat ni selamat menjalankan tggungjawab sebagai seorang muslim yang sejati terutama pada hari Jumaat ni.jom kita penuhkan saf dalam setiap solat Fardu kita.Inshaa Allah kita kan beroleh TAQWA.

Sunday, May 26, 2013

Petua Study Last Minit




Anda pernah mengalami situasi seperti ini,Bila?

*Masa nak dekat exam
*esok nak exam
*sekejap lagi nak exam

yang pasti exam itu adalah sangat dekat dengan anda.

Apa pentingnya exam dalam kehidupan kita?

setiap daripada kita tidak terlepas daripada exam ( peperiksaan ) tapi study last minit ini berlaku semasa ingin menjawab soalan-soalan penting dalam hidup kita contoh UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.

Di sini saya ingin berkongsi tips2 penting sebelum kita melangkah ke dewan peperiksaan.:

1.Doa usaha,ikhtiar tawakkal.

Dalam apa kerja sekalipun mintalah kepada Allah supaya dimudahkan segala urusan kita,kerana dia yg berkuasa atas tiap2 sesuatu.Berdoalah kpdNYA sebanyak2nya pada waktu ini supaya diberikan kelapangan dan kemudahan dalam menelaah pelajaran di saat2 akhir ni

2.Guna waktu perdana anda sebaik2nya

Pada waktu dekat2 nk exam ni,jangan melepak dengan kawan nk tengok wayang ke nak habis masa depan tv.tu semua karut..baca BUKU tu..!!

3.Cari tempat yang paling tenang untuk study

Gunakan setiap waktu yang ada untuk study seperti di Library.Pastikan semua 'material' ada di depan mata supaya xtercari-cari nanti dan menggangu tempoh study yang dah memang singkat ni.

4.Guna kaedah Acronyms,Pop quiz dan Peta Minda

Acronyms- cantum huruf di depan jadi 1 perkataan.

Teori dalam pendidikan

               Behaviourisme    }
                 Kognitif              }       BKSH
                 Sosial                 }     ( BERKISAH )          senang x :)
               Humanis             }



5.Skim dahulu kemudian baca detail

Gunakan highlight dalam menjayakan langkah ini

Skim xsama dengan scanning ye !!

-Skim ini kita lihat isi kandungan,tajuk besar ,grafik, ilustrasi , review ingat semua yang kita tahu tentang tajuk tu.

-Detail ialah baca satu2 dengan pantas dan highlight mana yang perlu.Untuk soalan esei digalakkan baca dengan banyak dari pelbagai buku kerana dengan pembacaan kita akan membantu di dalam dewan peperiksaan nanti.



Ok,selamat mencuba dan selamat berjaya :)


waa,ngntuknya,,

Saturday, May 25, 2013

Kenangan blaja dulu2

Bulan julai 2007.


Apa yang mnarik dgn bulan Julai 2007 ni..haa,nk bgtau inilah tarikh aku pertama kali menginjakkan diri ke institut pengajian tinggi awam (IPTA ).haa,bukan calang2 universiti ni boh..

xpela,nk citenya dh brapa tahun aku tinggalkan dunia di alam kampus.dulu waktu mula2 masuk ni,teringat waktu pendaftaran kolej di Sutera Indah..korang leh imagine x tmpt ni.Tempat yang aku masudkan ni alah Nilai,N9.Memang best waktu mula2 berada di sini.pergi kuliah mesti naik bas balik pun naik bas..semua pergi dan balik sama2 masa duduk dgn kawan2 satu kuliah dulu.masa ni kalau nk diingat semula memang indah betul zaman belajar dulu.xstress cm dekat sekolah.tp dlm Universiti kita masuk kelas /dewan kulaih dengar je apa lect ckp.xperlu pun nk wat latihan dalam kelas ke waktu tu.kalau nk dgar dga la kalau malas tutup mata tidur.he

waktu pling best lagi bila ptg pukul 6.mase tu waktu bermain bola di belakang kolej.kalau balik kelas mesti terus siap2 nak pergi main bola kt padang dekat2 dengan kolej.kdg2 terlalu ramai smpi xckup pdg plak tu.maklumlah nak main kt padang bola kampus jauh,knderaan pun xada masa tu.

Jd,disinilah tempat tempat kitorang memperagakan skil individu dalam bola sepak.sampaikan seorang gelar aku chipeta(bekas pemain import perlis.haha.Kalau nk diceritakan semuanya mmg xkan cukup entri ni.tp cukuplah untuk kali ini supaya aku xbosan ptg2 ni.



Ok,nt kalau ada masa aku update plak part2 in my university :)

Thursday, May 23, 2013

Tamat Praktikum...

Letih,puas,sedih,gembira,takut,risau...

Semua perasaan wujud dalam fikiran aku wat masa ni.letih sebab dah terlalu banyk kerja terpaksa disiapkan dalam tempoh masa yang sangat singkat.memmang takleh tangguh,spt tanda markah murid masuk markah dan susun fail untuk diobserve sebelum final checking dari lecturer.rsanya dh 90% settle ni..he

dalam masa yang sama aku juga risau sbb buku pendidikan,bahasa arab,Pendidikan Islam semua xbuka lg.cmne la keadaan buku2 tu semuakan.kebiasaanya,buku2 ini akan dicari semula masa dekat2  nk masuk maktab.macam skrg ni la..ooh,syndrome last minute mmg sebati dh dgn diri aku ni..hu3,ni la satu problem yg xpnh dapat cari pnwrnya smpi skrg ni...agak2 dalam google ada x ? dan apakah jawapannya.

Tapi salah puncanya aku dah tau mesti pnyakit MALAS ..

Gembira jugak sbb xlme lg segalanya akan selesai dan kalu semuanya bjalan lancar boleh la mencapai cita-cita menjadi seorang guru yang berbakti kpd agama,bangsa dan negara.in shaa Allah..

Lame rasanya xupdate entri ni lpas 2 tahun mnyepi.tau2 je skrg keadaan semuanya dah berubah muka pun dh berubah jgk kot..nthla..he.

sementara tu jom lyn Quotes ni :)


Sunday, November 6, 2011

Korban Diri,harta dan jiwa


Pada hari yang begitu baik ni aiitu 10zulhijjah satu tarikh penting yang patut kita ketahui di mana segala aktiviti korban akan dilakukan pada hari ini.Ada korban lembu seekor dan ada pula yang xmamapu tu korban tenaga menolong jiran2 yangg berkorban melapah lembu di rumah mereka.

Dan ada yang lg hebat xkemana2 pun pada hari utu melainkan duduk di rumah melayan televisyen dengan siaran yang menarik sempena HARI RAYA AIDILADHA.

Sebenarnya korban ni ada banyak maksud,Tanpa kita sedari selama ni pun kita dah banyak berkorban.Contohnya untuk diri sendiri kita sanggup tinggalkan keluarga untuk menuntut ilmu yang beribu batu jauhnya,.Dan ada pula yang bekerja merantau dari kampung semata-mata untuk mencari sesuap nasi membantu ibu bapa di kampung dan memajukan diri sendiri.

Tapi dalam kita berkorban utk dunia ni kita lupa yang tujuan sebenar hidup ni mestilah ada waktunya kita perlu berkorban untuk Agama kita.Selalu kita duk marah2 kt orang kafir yang menjalankan dakyah kristian nak murtadkan orang ramai sampaikan ada yang buat perhimpunan sejuta ummat nak tunjukkan kemarahan mereka.

.Tapi di sebaliknya diri kita ni masih lagi takut untuk berkorban untuk Agama.Sedarlah wahai kawan2 ku sekalin hidup ini sementara je,kutiplah sebanyak mana amal yang ada ubtuk kehidupan yang abadi di akhirat kelak..

Rajin2kan solat bc Quran lpas solat dan ibadat2 sunat lainnya,InsyAllah berjaya.Peringatan utk diri sendiri
Wassalam.

Monday, October 3, 2011

Jom sama2 naik umrah..


Lama xupload entry2 mnarik kt blog ni..maklumlah tuan punya blog ni sibuk dgn kerja dan aktiviti harian di rumah..xtau la apa yg sibuk sgt tu..
Setelah beberapa bulan tamat belajar di salah sebuah institusi pegajian tinggi maka ramailah di antara mahasiswa yang bercita-cita mencari pekerjaan di sektor swasta mahupun kerajaan..maka dengan duit gaji itulah korang mampu untuk apa yang dihajati,Jadi sempena kita menikmati nikmat dari hasil titik peluh kita apa salahnya kita simpan sedikit untuk menunaikan umrah pada usia yang muda ini.
Sesungguhnya banyak fadilat yang bakal diperolehi bagi golongan muda yang mempunyai cita-cita ingin menunaikan umrah pada ketika ini..
Tahukah anda:
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Dalam hadis lain pula nabi menyebut:
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”
Bayangkan jika kita seorang yang rajin beribadah dan selalu buat solat sunat di Negara kita.rasanya cukup x nak menyamai pahala orang yang bersolat di masjid haram,masjid nabawi dan masjid Quba.
Sla lihat carta ini
Dari carta tersebut dapat dilihat kalau kita betol2 jaga solat jemaah tapi ada beberapa waktu solat yang kita rasa dh cukup amalan kita.Tapi orang yang pergi umrah dengan ikhlas walaupun xmnyamai ibadat kita rasanya dh berbaloi rasanya berada di sana walaupun beberapa hari..
Apa yang dikira di sini ialah satu hari sahaja menginap di mekah,khususnya para jemaahHaji atau umrah.Bagaimana pula jika dapat menginap di sana iaitu di bumi mekah selama 8 hari.dan dapat pula solat berjemaah di masjid haram sebanyak 3 kali sehari.?
KAlau beginilah ibadah kita di mekah iaitu selama 8 hari x 8 juta dan seratus ribu pahala dalam sehari (seperti mana dalam hadis)=bersamaan 64 juta 800 ribu pahala (64,800,000)
Banyak kan..inilah yang dinamakan perniagaan kita di dunia untuk bekal akhirat suatu hari nanti di mana hanya amalan baik yang dibawa mengadap tuhan kita..So,fikir2lah dan selamat beramal

Mood:xsedar rupa2 nya kita dah nak masuk bulan zulhijjah iaitu HAri raya aidildha..hehe

Monday, September 12, 2011

Al-Kisah Tentang Jodoh

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.Namun,kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintah-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik,rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.Siapa jodoh kita?Berapa banyak rezeki kita?Dan bila?Itu bukan kerja kita.Jadi,berusaha...lah dengan baik,Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang.Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya.