Lama xupload entry2 mnarik kt blog ni..maklumlah tuan punya blog ni sibuk dgn kerja dan aktiviti harian di rumah..xtau la apa yg sibuk sgt tu..
Setelah beberapa bulan tamat belajar di salah sebuah institusi pegajian tinggi maka ramailah di antara mahasiswa yang bercita-cita mencari pekerjaan di sektor swasta mahupun kerajaan..maka dengan duit gaji itulah korang mampu untuk apa yang dihajati,Jadi sempena kita menikmati nikmat dari hasil titik peluh kita apa salahnya kita simpan sedikit untuk menunaikan umrah pada usia yang muda ini.
Sesungguhnya banyak fadilat yang bakal diperolehi bagi golongan muda yang mempunyai cita-cita ingin menunaikan umrah pada ketika ini..
Tahukah anda:
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Dalam hadis lain pula nabi menyebut:
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”
Bayangkan jika kita seorang yang rajin beribadah dan selalu buat solat sunat di Negara kita.rasanya cukup x nak menyamai pahala orang yang bersolat di masjid haram,masjid nabawi dan masjid Quba.
Dari carta tersebut dapat dilihat kalau kita betol2 jaga solat jemaah tapi ada beberapa waktu solat yang kita rasa dh cukup amalan kita.Tapi orang yang pergi umrah dengan ikhlas walaupun xmnyamai ibadat kita rasanya dh berbaloi rasanya berada di sana walaupun beberapa hari..
Apa yang dikira di sini ialah satu hari sahaja menginap di mekah,khususnya para jemaahHaji atau umrah.Bagaimana pula jika dapat menginap di sana iaitu di bumi mekah selama 8 hari.dan dapat pula solat berjemaah di masjid haram sebanyak 3 kali sehari.?
KAlau beginilah ibadah kita di mekah iaitu selama 8 hari x 8 juta dan seratus ribu pahala dalam sehari (seperti mana dalam hadis)=bersamaan 64 juta 800 ribu pahala (64,800,000)
Banyak kan..inilah yang dinamakan perniagaan kita di dunia untuk bekal akhirat suatu hari nanti di mana hanya amalan baik yang dibawa mengadap tuhan kita..So,fikir2lah dan selamat beramal
Mood:xsedar rupa2 nya kita dah nak masuk bulan zulhijjah iaitu HAri raya aidildha..hehe
No comments:
Post a Comment