Alhamdulillah lama x taip blog rasanya..dok bc blog org je skg..cari ilmu2 baru yang kita tak tahu.actually skrg adalah waktu prktikal dan bermulalah kehidupan kita sebagai seorang pekerja…pengalaman di institusi ini banyak mngajar aku tentang tingginya nilai sebuah al-quran dan memberi kesedaran bahawa al-quran itu satu mu’jizat yang mesti diketengahkan.
Setiap kali aku meneliti setiap baris ayat al-quran bagi mengeluarkan hukum tajwid untuk diedit ke dalam database aku mngerti bahawa al-quran itu wajib dipelajari dan beruntunglah org yg mmbantu dlm memahami al-quran.
Sesorang yg paling baik di antara kamu ialah mereka yang mengajar al-quran dan mempelajarinya.jadi,pokok pangkalnya,ini adalah satu jihad bagi kita di dalam setiap kehidupan dan inilah salah satu sumbangan yang mampu aku berikan untukm kebaikan umat selepas ini.
Semoga minat seseorang itu trhadap ilmu al-quran tidak pernah padam dan sekaligus menjauhkan mereka dari maksiat yg berleluasa pada masa kini demi menjamin umat islam yang berkualiti di masa hadapan
Tapi dalam masa yang sama kita turut bersedih kerana ramai yang tidak menghayati nilai sebuah ilmu al-quran dan cenderung mempelajari ilmu yang berkaitan duniawi yang aku rasa xberfaedah pada mata halus.hehe..seperti hiburan melampau dan tidak tegas terhadap anak2 dalam mempelajari al-quran.Akibatnya anak2 membesar dengan hiburan seperti astro,PS2, dan laman web social facebook dan sebagainya.
Maka tidak hairanlah keruntuhan moral di kalangan remaja ini sebenarnya terbentuk sejak dari zaman kanak2 lg.Tidak salah rasanya kita memperkenalkan merka dengan produk2 pnp(pengajaran dan pemblajaran) berbentuk islam di pasaran sekarang bagi mereka mengenali indahnya islam itu yang terdiri daripada alquran dan hadis2 rasulullah s.a.w.
CEh,cerita cam good2 je aku ni.dah mcm wat krgn b.melayu time PMR la plak..xpela.ini sekadar cetusan hati aku sementara menuggu masuk kerja kul 8.30 pagi ni..ok la nk sarapan dulu..
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
No comments:
Post a Comment