Thursday, October 14, 2010

Penting ke harta??



Satu soalan yang menarik umtuk dibicarakan.Aku terpanggil nak cerita bab harta ni kerana sekarang ni dah banyak sangat kes jenayah kat dalam Negara ni semata2 kerana berebutkan harta.Apa yang mahalnya harta ni sampai nak berbunuh-bunuhan sesame sendiri.dah xde life ke.

Rasulullah pada masa hidupnya dijanjikan dengan harta melimpah ruah asalkan kembali kepada agama agama nenek moyang mereka iaitu agama jahiliyah.Oleh kerana teguhnya iman Rasulullah pada ketika itu semua hadiah Rasulullah tolak kerana cintanya terhadap agama islam.Sejauh manakah cinta kita terhadap agama.Cukup ke dengan sekadar solat lima waktu,kumpul harta banyak2 lpas tu mati.Ingat dah bagus sgt ke kita.Dok sibuk nk kumpul hata buat rumah baru sampai terlupa tanggungjawab pada agama.cehh,cakap mcm aku ni perfect sangat je.

Ulama’ hamka pernah memberikan pendapatnya mengenai harta ni,dimana harta ini tidak salah pada zahirnya di mana kita sangat memerlukan harta untuk hidup dan untuk agama kita.Yang salah ialah diri sendiri kerana tamak akan harta.Ko nak bawa ke mana semua harta tu.muat ke kubur ko nanti nak sumbat harta2 ko.kalau muat nak juga aku kumpul banyak2 boleh masuk Malysia book of record kubur paling besar di dunia nanti hadiah tu org lain dapat.mmg best kan,.(mengarut jap)

Dalam Al-quran jelas menerangkan kisah orang2 yang sibuk mngumpul harta ni sehingga lupa pada tujuan asal hidup di dunia ni.xslap aku dalam surah humazah amat jelas menceritakan ttg harta,.



Maksudnya aku translate ckit ye..
1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, 2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; 3. Ia menyangka Bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! 4. Tidak! Sesungguhnya Dia akan dicampakkan ke Dalam "Al-Hutamah".5. Dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Al-Hutamah" itu? 6. (Al-Hutamah) ialah api Allah Yang dinyalakan (dengan perintahNya), -7. Yang naik menjulang ke hati; 8. Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. 9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang Yang melintang panjang.


Ok,skrg balik pada tajuk asal.Aku rasa setiap orang berusaha setiap hari kerana harta tapi di samping tu xsalah kan kalau kita bagi masa 2 ½ jam dalam sehari untuk agama kita spt solat jemaah,bc quran,jumpa kawan2 smbil brdakwah..hu3

Aku rasa kalau bnda ni yg kita wat tiap2 hari insyaallah korg akan dpt ketenangan yg kita cari slama ni.xperlu nk g pulau perhentian,pangkor atau langkawi semata2 nak dapat mood ketenangnan tu..he3.sekian khutbah jumaat pada kali ni.kebetulan pula hari ini hari jumaat..salam

No comments:

Post a Comment